hee

hee

Asnirul Fitri

Asnirul Fitri

Captain Asnirul Fitri

Captain Asnirul Fitri

Monday, April 18, 2011

Mencari Nur (Cahaya) Dalam Diri...

Berlari dan terus belari meninggalkan kegelapan dan kejarlah cahaya untuk keinsafan diri. Bangunlah dari mimpi yang tidak sudah dan bangkitlah menunju jalan yang benar iaitu kejalan Allah Swt kerna itulah jalan yang diredhai-Nya. Berhentilah dari kesilapan yang tidak sudah dan perbaikilah kesilapan itu supaya ianya tidak berulang jadikanlah tauladan untuk meneruskan kehidupan. Berhentilah berfikir, hanya berfikir pekara yang tiada penyelesaian, marilah berfikir pekara yang mendatang keuntungan iaitu ganjaran pahala dan petunjuk taufik dan hidayah. Teruslah berebut untuk mendapat hidayah Allah Swt.

Fikir-fikirkanlah wahai ihsan yang hati nurani....~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku masih mencari cahaya untuk aku menunjuk jalan kebenaran untuk memperbaiki segala kelemahan ku dan pergi meninggalkan segala kegelapan dalam diriku. Berzikir, beristifar, berdoa adalah satu cara dapat melembutkan hati yang keras dan hitam. Selain itu juga membaca al-quran juga dapat menangkan hati apabila membaca malahan hanya mendengar sahaja ianya sama dengan membaca namun membaca lagi memudahkan melembutkan hati.

Setiap orang boleh mendapat cahaya Allah jika dia bertaubat dan sentiasa mengisafi segala keslahan yang dilakukannya. Astarfirruallahalazim....

Sunday, April 17, 2011

Cabaran Kehidupan

Usia ku yang semakin meningkat ini banyak cabaran yang aku harus ku harungi. Pahit getir yang aku lalui, aku harungi dengan hati yang tabah walupun susah. Itu lah asam garam perjalanan kehidupan seseorang.
Memang aku akui aku ini adalah hamba Allah yang lemah namun aku tetap akan berusaha sebaik mungkin untuk membaiki kelemahan yang ada pada aku. Aku tidak pernah kesah kata orang aku ni macam mana comen korang macam mana terhadap aku apa yang orang coment terhadap aku, aku akan ambik positif. Tetapi kalau orang kata aku bukan-bukan yang melampau aku senang je aku akan cakap nagan orang tu "Ko dah cukup bagus nak kata orang?? Diri sendiri tak betul nak kata orang." itu lah perkataan yang aku cakap.
Pada tahun 2010 sudah cukup cabaran yang aku terima. Tahun itu adalah tahun yang betul-betul menguji aku. Sampai pernah aku terpaksa mengeluarkan air mata yang begitu bernilai. Memang aku tahu lelaki kalau nagis tak macho!! tak ape lagi lah tapi sesiapa pon yang hidup didunia ini mesti akan keluarkan air mata. Jika kita keluarkan air Mata kerana Allah insya'Allah terpadamlah api neraka.
Pada tahun 2011 ini pula hampir beberapa bulan ini banyak cabaran yang aku sudah harungi memang boleh dikatakan tiada masa bagi aku untuk berehat seketika untuk betul-betul menenangkan fikiran aku yang sekarang semakin tidak tersusun. Walau ada masa pon aku tetap fikir macam-macam. Disinilah satu-satu tempat yang aku boleh luahkan segala--segalanya. Insya'Allah kata orang biar susah-susah dahulu senang-senang kemudian.

Sikap Kejujuran

Sikap kejujuran dalam diri seseorang itu susah untuk kita ketahui sama ada mereka jujur atau tidak jujur dalam kata-kata atau perbuatan. Untuk mencari seseorang yang jujur amat susah kerana sudah terang lagi nak menyuluh apa lagi yang kita boleh katakan hanyalah lihat sahaja keletahnya.
Untuk mengetahui orang itu jujur atau pon tidak kita lihat dengan matanya, percakapanya atau dengan ayat ditulisnya. Disitu kita boleh lihat sama ada jujur atau tidak. Memang benar ramai wanita yang mengatakan kebanyakan lelaki tidak pernah jujur tetapi sekarang wanita juga sama ada sesetengahnya tidak jujur. Wanita-wanita ini sebenarnya pernah dikecewakan oleh teman lelaki yang dulu dan apabila berkawan dengan lelaki baru mereka kena kan pula kepada kawan barunya itu.
Inilah kehidupan sesetengah manusia masa kini, tidak tahu siapakah yang harus dipersalahkan.
Lelaki?? Wanita?? tidak apelah yang jelas bahawa tidak semua orang bersikap begitu jadi kita tidak boleh persalahkan mereka malah kita harus bantu mereka. Apa yang penting kehidupan ini harus diteruskan..

Saturday, April 9, 2011

Kerusingan yang semakin bertambah..



Hari semakin hari makin aku bertenang semakin masalah yang dating.Kadang kala ianya membuatkan aku terduduk sehinggakan tidak boleh berbuat apa…..Aku hanya mampu berdoa kepada Allah supaya memberika pentunjuk jalan yang benar dan supaya aku sentiasa dilandasan yang diredhai Allah.
Setia detik aku memikirkan tentang apa yang bakal aku lalui selepas ini. Pekara yang lepas banyak mengajar aku tentang erti hidup sebenar namun aku belum cukup hadapi liku kehidupan yang sebenar.Aku mulai belajar betapa susahnya menagung beban yang besar tetapi itu bukan beban tetapi tanggungjawab yang haru aku laksanankan walaupun senang mahupun susah. Biarlah aku susah tetapi orang disekeliling aku senang dan walaupun apapun yang terjadi aku mesti memikirkan diri aku jugak. Walaupun pahit manis itulah lumrah kehidupan yang penuh tanda tanya.
Sejak-memenjak ini aku sering jatuh sakit, mungkin disebabkan beban yang aku tidak dapat mengatasinya dan tidak dapat meluahkannya. Mungkin disini sahaja yang aku boleh meluahkan segala apa yang ada didalam isi hati ku…….. Aku sedar hari semakian hari aku rasa aku seolah-olah kehilangan sesuatu yang amat berharga yang tidak boleh dibayar dengan wang ringgit walau 1 sen sekalipun. Inilah manusia sering membuat kesilapan namun setiap kesilapan iti pasti ada sebabnya. Sehinga kini aku masih tidak tahu apakah punca sebenar diri aku terasa sunyi………..

Saturday, April 2, 2011

Masa Berlalu...........



Sudah tiba masanya untuk aku berubah lebih jauh lagi. Tinggalkan kenangan yang lepas dan buka kenangan yang baru. Kadang kala kenangan yang lepas susah aku ingin melupakan walaupun perit. Sekian lama mendiam akhirnya muncul semula. Tetap ianya sudah menjadi sejarah silam aku walaupun ia masih baru.
Sokongan dan dorongan dari orang-orang disekeliling aku membuatkan diri aku menjadi lebih kuat untuk menghadapi cubaan yang diberi oleh Allah SWT kepada aku. Aku kadang kala berasa senang kerana ada orang masih memberi sokongan pada aku namun aku tidak tahu sama ada mereka ikhlas ataupun tidak. Aku tidak boleh cepat merasa prasangka terhadap orang. Tetapi tidak salahkan jika kita prasangka terhadap orang sedangkan kawan sendiri boleh mengkhianati kita.
Setakat ini alhamdulilah aku masih boleh mengawal diri aku supaya berada dilandasan yang betul dan tidak melakukan pekara yang boleh merosakan hidup aku. Aku bersyukur khadrat Allah kerana sentiasa mengigati aku supaya menjadi manusia yang lebih baik.