hee

hee

Asnirul Fitri

Asnirul Fitri

Captain Asnirul Fitri

Captain Asnirul Fitri

Thursday, September 11, 2014

Life

When we walk in this life, what we have get? What we have deserve? What we have learning? What we feel? Ask your in deep heart. Everyday and every time we talking about love, about heart and about the future. What actually we want? Happiness? What we know about happiness? Can you touch it? Can't right. 

The answer just only your heart can be telling. Because the all question is from your deep heart, so that's mean your heart can be answering all the question. 

Actually love, happiness, and heart we can't to touch but we can give it with what you have did and what your sacrifite to get everything what you want. Don't let's go someone more sacrifite for you not someone take change when you feel lonely. Think it. 

Wednesday, September 10, 2014

Kadang kala kita cuba menahan segala rasa sebak didalam hati kecil kita. "Apakah salah diri ini sehingga diperlakukan begini? Apakah dosa diri ini sehingga dihukum begini? Apakah diri ini masih tidak cukup baik dan setia sehingga pedih hati ini rasai? Adakah diri ini tidak cukup layak untuk sesiapa? Soalan begini jelas ternyata sukar untuk dijawab dengan mata yang buta yang penuh kebencian tetapi dijawab dengan mata hati nurani yang terbuka. 

Hati yang menangis kerana melihat sesuatu yang dirasainya yang sangat kecewa namun ia tetap tabah untuk menerima dugaan yang sebegitu pedih dan perit untuk ditelan. 

Monday, August 18, 2014

Kata kata biasa

Kadang kala hidup ini kita tidak mampu untuk menjangka apa yang bakal terjadi dan berlaku. Kadang kadang perasaan yang hadir tidak mampu untuk membohongi diri kita sendiri dan akhirnya ianya mengalir tanpa kita meminta. Perasaan cinta dan rindu yang datang yang terlalu kuat kadang tidak mampu kita pendamkan. Kita cuba untuk menyatakan namun doa menjadi hasrat hati menyampaikan rindu pada seseorang. Hanya Allah sahaja yang tahu segala isi hati seseorang itu terhadap seorang yang dicintai dan dirinduinya. Segala isi hati diluahkan melalui doa yang dipohonnya kepada Allah sehingga rasa rindu dan cintanya dirasai sama oleh orang yang dicintainya. "Ya Allah sampaikanlah rasa rindu ku kepadanya sehingga diriku dirinduinya juga. Amin

Thursday, August 14, 2014

Bicara hati


Tiada seindah bahasa tiada seindah kata, Assalamualaikum kepada pengunjung setia saya. Jangan disangka air sungai yang tenang tiada buaya. Langit tidak selalunya cerah tetapi hakikatnya semua itu sama seperti manusia kadang kala kita tidak tak tahu apa yang bakal terjadi disetiap kehidupan kita. 

Wajah yang tenang, wajah yang ceria, wajah yang selalu memberikan senyuman inilah yang selalu untuk menjadi kuat dan tabah untuk harungi liku liku kehidupan seharian. Aku bersyukur kepada Allah yang masih memberi nafas dan kekuatan untuk aku meneruskan hasrat dan niat aku sehingga tercapai. 

"Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah" perkataan yang selalu ku ucapkan ketika ku diuji ketika ku sedih ketika hati aku pernah dicucuk pisau. Alhamdulilah aku bersyukur kepada Allah kerana masih memberi peluang untuk menyatakan hasrat cinta hatiku pada seorang hamba Nya.

Tanpa diduga tanpa dijemput tanpa kusedari hati aku terpaut pada hati seorang hamba Allah. Jodoh pertemuan ajal maut semua Allah yang tentukan. Dia lah sebaik baik perancang. Jika dia adalah jodoh ku aku akan menjaga dia sebaik baiknya. Kita diciptakan berpasangan melainkan ajal. Hati ku pernah berbisik "andai aku tidak punyai jodoh dimuka bumi Allah ini pertemukanlah aku disana nanti". 

"Hadirnya tanpa disedari. Hadirnya tanpa diduga. Janji Allah itu pasti. Jodoh pertemuan ajal maut Allah yang menentukan. Jika hadirnya sebagai kawan akan ku jadikan teman istimewa. Jika hadirnya sebagai kekasih akan ku jadikan satu ikatan istimewa. Jika hadirnya sebagai pertunangan akan ku lafaskan pernikahan. Dan jika hadirnya sebagai isteri akan ku milikinya hingga akhir hayat ku. Sebaik baik cinta dari Allah dan Dia beri pinjam cinta itu kepada kami akan kami cuba tahankan hingga keakhirnya insha Allah amin. 😌😌😌😌"

Ya Allah aku mengangkat tangan memohon pada Mu untuk terus bersama dan dijodohkan untuk disatukan dengan lafaz nikah dan dalam doa ku Ya Allah lindungilah dia, berilah dia kesihatan yang baik, berilah dia kekuatan, murahkanlah rezekinya, lembutkan hatinya, terangkan hatinya, sampaikan salam rinduku kepadanya sehingga diriku dirindui juga. Ya Allah satukanlah hubungan kami dan berilah kami kekuatan untuk mengejar keredhan Mu Ya Allah. Iaini kami ingin yang halal disisi Mu Ya Allah. Amin. 😌😌😌 
Insha Allah

Monday, August 11, 2014

Hidup

Biar kita jahat tetapi hati tak busuk,

Biar kita bodoh tetapi tak buta ilmu agama,

Biar orang menghina kita asalkan kita mulia disisi Allah, 

Biar kita buta huruf jangan kita buta ayat al-Quran,

Biar kita miskin harta jangan kita miskin ibadah seharian kita. Kerana Wang kita boleh cari, walaupun kita Bodoh kita boleh belajar, walaupun orang menghina kita, kita dapat pahala percuma, walaupun buta huruf kita masih boleh mencuba belajar dan belajar kerana ilmu Allah belajar sampai ke liang lahad. #asnirul.blogspot.com

Monday, August 4, 2014

Doa untuknya.

Sepasang kekasih yang telah ditakdirkan untuk dijarakkan berada ditempat yang berlainan untuk diuji sejauh mana kesetian antara mereka. Tetapi jika antara mereka saling mencintai antara satu sama lain dan percaya pada pasangan mereka pasti kesetian itu masih ada dan lebih indah jika mereka sama sama mengangkat doa, mendoakan sesama mereka untuk terus bersama dan dijodohkan untuk disatukan dengan lafaz nikah itulah pasangan yang sangat baik. Dan dalam doa mereka Ya Allah lindungilah dia, berilah dia kesihatan yang baik, berilah dia kekuatan, murahkanlah rezekinya, lembutkan hatinya, terangkan hatinya, sampaikan salam rinduku kepadanya sehingga diriku dirindui juga. Ya Allah satukanlah hubungan kami dan berilah kami kekuatan untuk mengejar keredhan Mu Ya Allah. Iaini kami ingin yang halal disisi Mu Ya Allah. Amin. 😌😌😌 #asnirul.blogspot.com

Friday, June 20, 2014

Ciptaan Allah



Allah dah ciptakan hambaNya sebaik baik umat dan manusia. Allah dah beri pinjam pelbagai kebaikan untuk digunakan sebaik baiknya. Tetapi adakah kita perasan dan sedari dengan semua ini? Tidak betul? Memang betul manusia ini banyak kelemahan dan kesilapan didalam diri kita semua. Tidak akan ada satu manusia yang tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan sepanjang hidup mereka. Sedangkan Nabi kita sendiri yang tidak ada dosa Dia tetap meminta dan memohon keampunan dari Allah S.W.T. Sebab itu apabila kita ada mata untuk melihat kebenaran bukan hanya nampak kesilapan orang sahaja. Mulut bukan untuk mengata dan menghina orang. Alangkah baiknya berzikir dan menyembut benda benda yang baik dan manfaat. Kerana mulut badan binasa. Tangan bukan untuk melakukan kejahatan atau mencuri. Sesungguhnya mencuri adalah satu dosa yang sangat besar dan boleh dipotong. Gunalah tangan yang selalu memberi dan sedekah dan membuat amal jariah. Telingga bukan untuk mendengar cerita yang buruk dan fitnah. Sesungguhnya orang yang bunuh lebih baik daripda memfitnah. Jagalah semua anggota ini yang Allah ciptakan dengan sebaik baiknya. Sejahat jahat seorang hamba itu pasti ada sedetik hatinya yang sangat mulia. 

Saturday, June 14, 2014

A thousand memories

You can walk alone a one thousand miles you want.

You can create memories as you want. 

You can choice the sad or happy when you walk or in your memories. But when the time is coming you need to know you still have a people at around you to give a support to you survive. At the same time you had create memory with someone. 


asnirul.blogspot.com

Saturday, June 7, 2014

Hikmah

Pernah ke kita berfikir apa yang bakal terjadi akan datang atau sebentar lagi? Satu manusia didalam dunia ini tidak ketahuinya melainkan Allah S.W.T yang mengetahui segalanya kerana Dia lah sebaik baik perancang dan pencipta. Subhannaallah cukup besar ujian Mu. Tiap tiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Tanpa kita sedar tanpa kita ketahui ianya berlaku sama ada baik atau pon buruk. Sekuat mana kita merancang sekuat mana kita mengatur, kunfayakun sama ada jadi atau pon tidak itu Allah yang tentukan. Sebab itu kita harus sabar dan tabah hadapi ujian ini kerana ada hikmah disebalik yang terjadi. Jawapan yang paling tepat kembali pada Yang Satu iaitu Allah. 

Sunday, May 11, 2014

Ibu

Hari ibu adalah hari yang disambut kebanyakkan manusia tetapi sebenarnya hari hari adalah hari ibu selagi mereka bernafas. Kerana doa dan keberkatan adalah darinya sewaktu mereka berdoa untuk anak anaknya. Doa ibu paling mustajab. Kekuatan seorang ibu sangat luar biasa dan Allah telah beri kelebihan pada mereka yang sangat kagum. Dan paling membangakan adalah seorang ibu tunggal yang memelihara anak anak nya demi seauap nasi. Mereka ini seharusnya dipuji dengan semangat dan kekuatan yang mereka miliki. Pernah ke kita terfikir kenpa dan apa yang mereka telah lalui dan kenapa mereka masih kuat untuk harunggi kehidupan mereka. Jika anda telah dijodohkan dengan mereka terimalah mereka seadanya dan sama sama lah membibing sesama kita untuk kebahagian keluarga yang telah tercipta dan terimalah anak anak mereka seadanya. Allah suka orang yang menolong ibu ibu tunggal ini. Dan tidak salah pon jika kita bernikah dengan mereka. Itulah seorang ibu yang selalu memikirkan nasib mereka dan mereka paling utama kan keluarga dan anak anak mereka. 

Friday, May 9, 2014

Dua penyatuan

Allah ciptakan setiap manusia berpasangan melainkan ajal yang mejemput dahulu. Siapakah kita untuk menentukan hidup kita. Kita hanyalah hamba yang kerdil yang hanya mampu merancang apa yang kita hajati dan yang kita inginkan. Setiap jodoh yang Allah tentukan semenjak kita dalam perut lagi. Jodoh, ajal maut dan pertemuan itu semua ditentukan oleh Allah. Jangan kita pernah menyahlahkan sesuatu takdir. Terima dengan hati yang ikhlas dan reda segala yang terjadi. Pekara yang paling indah adalah pertemuan dan penyatuan antara dua makhluk yang saling mencintai yang ditakdirkan oleh Allah untuk mereka saling melengkapi satu sama lain. Yang sedia menerima segala kekurangan antara satu sama lain. Jika kita berniat dengan hati yang ihklas inshaaAllah Allah pasti mendengar dan kunfayakun jika Allah berkehendak maka jadilah. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Setiap hikmah pasti ada kebaikannya. Yang penting adalah kesabaran didalam diri kita dan disetiap perhubungan itu. 

Tuesday, April 29, 2014

Kejujuran dan kesetian

Kejujuran dan kesetian didalam hubungan adalah umpama kunci masjid yang kita bakal bina atau telah terbina. Ianya sangat penting untuk menguji kesetian kita terhadap pasangan kita adakah kita berlaku jujur atau pun tidak. Kesilapan yang lalu jangan diulang malah kita harus perbaiki ia untuk pasangan kita nanti. Kesetian dan kejujuran pekara asas didalam perhubungan. Ianya penentu kebahagiaan. 

Friday, April 18, 2014

Cinta hati

Setiap orang didunia ingin merasai cinta. Tetapi kadang kala kita salah melabur cinta kita kepada seseorang yang tidak pernah hargai tidak pernah bersyukur dengan cinta yang dimiliki. Tetapi bukanlah semua begitu masih ada cinta yang selalu berharap menemui kebahagian kerana dia tidak selalu lupa untuk memberi cintanya kepada Maha Pencipta juga. Maha Suci Allah sungguh Agung cinta Mu itu. Syukur kepada Mu Ya Allah kerana telah menyatukan dua hati yang selalu berharap bertemu dengan seseorang yang benar ikhlas dan sangat menghargai cintanya itu. Ya Allah lidunggilah dua hati ini agar terus berkekalan hingga akhirnya. Amin

Wednesday, April 9, 2014

Keampunan dipohon.

Setiap hamba Allah didunia ini berhak mendapat keampunan disetiap kesalahan mereka. Siapa pon kita tidak berhak menjatuhkan hukum sesama kita. Dosa pahala bukan kita yang menetukan dan jangan sesekali kita membuka aib kita kepada orang lain atas dasar kepentingan kita. Sejahat mana pon mereka kita harus fikir semula tentang diri kita juga. Adakah kita sama je? Allah yang berhak menghukum hamba-Nya sendiri bukan kita. Berfikir sebelum berkata agar badan kita tidak binasa. 

Monday, April 7, 2014

Kehadiran tanpa diduga.

Cinta itu hadir tanpa disedari tanpa kita menduga. Cinta itu hadir bagaikan angin yang lalu menyapa tubuh kita dan masuk menyelusup hati kita yang dalam. Indahnya perasaan cinta itu datang. Subhannaallah Maha Suci Allah. Begitu kuat perasaan cinta Mu itu. Kehadirannya tanpa kita sedar ianya telah masuk ke dalam hati ini sehinggakan kita telah jatuh cinta. Sebaik baik pemberian adalah dari Mu Ya Allah dan pemberian itu sanggat indah dan istimewa. Syukur alhamdulilah atas pemberian Mu. InshaaAllah akan aku jaga sebaik yang mungkin sehinnga ke akhirnya. Amin

Sunday, April 6, 2014

Sungguh besar ujian Mu Ya Allah

Setiap orang diuji didalam dunia mengikut tahap keimanan dan ketakwaan mereka kepada Allah S.W.T. Tidak kira siapa pon umat manusia dimuka bumi Allah ini yang akan terlepas daripada ujian dari-Nya. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil Maha Penyanyang. Allah akan menguji seseorang itu tahap keimanan mereka. Setiap ujian yang kita hadapi haruslah sabar dan bukannya menyalahkan takdir. Dan jangan kita memikirkan ini adalah nasib malang tetapi ini adalah suratan daripada Allah supaya kita sentiasa ingat akan Dia yang berkuasa dialam ini. Subhanaaallah. Sungguh besar ujian Mu dan kami bersyukur kerana Kau masih sayangkan kami. #asnirul.blogspot.com

Tuesday, April 1, 2014

Dalam hidup ini banyak cabaran dan halangan yang harus kita tempuh. Ujian yang datang haruslah ditempuh dengan hati yang tabah kuat. Kesabaran dan kesungguhan didalam itu penting dan membuat diri kita menjadi kuat untuk harungginya. Itulah kehidupan jika tiada  petanda arah jalan yang ingin dituju belum ianya akan harungginya dengan tabah dan cekal. Setiap ujian ada hikmah kadang kala kita sudah tahu untuk mengatasinya tetapi jika tersimpan perkataan alasan ianya pasti tidak berjaya. Bersabar, cekalkan hati, kuatkan semangat dan selalu berdoa kepada Allah. InshaaAllah jalan itu pasti nampak. 

Wednesday, February 12, 2014











Read Your heart first before you want read heart someone because you need to learn read your heart and then you will know how to understand what someone feel and you will know how to give your heat to someone. Read from the heart not read from thier personality. Because everything start from heart.

Melihat sesuatu pekara bukan dari luaran tetapi dari mata hati yang benar benar dari lubuk hati.
Cintai dia bukan kerana kecantikan atau kehandsomemannya. Cintai dia bukan kerana harta dan kekayaan dia. Tetapi cintailah dia kerana Agamanya, solatnya, akhlaknya dan cintailah dia kerana dia mencintai Allah yang satu. Insya'Allah cinta kamu akan kekal ke jannah. 
 Hati bukan mudah untuk dimiliki dan bukan mudah untuk melepaskan ia pergi. Hati bukan disemaikan dengan materialistik tetapi dengan ayat al-Quran dan sedekahkan al-Fatihah jika merinduinya. Cinta kerana materialistik dan rupa hanyalah sementara. Tetapi jika cinta kerana Allah insya'Allah dipermudahkan dan berkekalan hingga jannah.
Selalu apa yang kita niat dihati belum tentu menjadi. Selalu apa yang kita fikirkan pasti tidak berhasil. Selalu apa yang kita lakukan belum tentu menjadi. Tetapi apa yang kita selalu berdoa pasti menjadi cuma cepat atau lambat. Itulah kuasa doa. Jika kita sungguh sungguh berdoa kepada Allah insya'Allah segalanya akan dipermudahkan.
Jika kita mengharapkan seribu kesempurnaan daripada dirinya belum tentu aku mempunyai seribu kesempurnaan. Jika aku asyik memandang seribu keburukkan didalam dirinya belum tentu aku tidak mempunyai seribu keburukkkan didalam diri ku. Moralnya terimalah dia seadanya.