hee

hee

Asnirul Fitri

Asnirul Fitri

Captain Asnirul Fitri

Captain Asnirul Fitri

Friday, June 20, 2014

Ciptaan Allah



Allah dah ciptakan hambaNya sebaik baik umat dan manusia. Allah dah beri pinjam pelbagai kebaikan untuk digunakan sebaik baiknya. Tetapi adakah kita perasan dan sedari dengan semua ini? Tidak betul? Memang betul manusia ini banyak kelemahan dan kesilapan didalam diri kita semua. Tidak akan ada satu manusia yang tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan sepanjang hidup mereka. Sedangkan Nabi kita sendiri yang tidak ada dosa Dia tetap meminta dan memohon keampunan dari Allah S.W.T. Sebab itu apabila kita ada mata untuk melihat kebenaran bukan hanya nampak kesilapan orang sahaja. Mulut bukan untuk mengata dan menghina orang. Alangkah baiknya berzikir dan menyembut benda benda yang baik dan manfaat. Kerana mulut badan binasa. Tangan bukan untuk melakukan kejahatan atau mencuri. Sesungguhnya mencuri adalah satu dosa yang sangat besar dan boleh dipotong. Gunalah tangan yang selalu memberi dan sedekah dan membuat amal jariah. Telingga bukan untuk mendengar cerita yang buruk dan fitnah. Sesungguhnya orang yang bunuh lebih baik daripda memfitnah. Jagalah semua anggota ini yang Allah ciptakan dengan sebaik baiknya. Sejahat jahat seorang hamba itu pasti ada sedetik hatinya yang sangat mulia. 

0 comments: