hee

hee

Asnirul Fitri

Asnirul Fitri

Captain Asnirul Fitri

Captain Asnirul Fitri

Wednesday, September 12, 2012

PERKONGSIAN KU DI FACEBOOK



Asnirul Fitri Tukimam
Seburuk-buruk seseorang itu, pasti ada kebaikannya, di dalam kebaikannya juga pasti ada rasa ingin bertaubat untuk menuju ke jalan yang benar demi mendapat keredhan Allah. ^_0



Hati seseorang yang lembut, suci dan tenang adalah lebih baik berbanding hati yang umpama batu yang keras, umpama api yang membara yang tidak boleh menerima pandangan orng,susah untk memaafkan orng dll. Jadi perbnyakn mmbca ayat suci al-Quran kerana itulah penawarnya. Waallahualam



Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah, lebihkan kepada bercakap pekara yang boleh mendatangkan keberkatan dibulan puasa ini.

#dalamprosesmemotivasikandiri#



Hati berasa tenang, hati berasa sabar, hati sentiasa bersyukur dan hati terasa dekat dengan Allah.
Itulah sinaran Ramadan.^_0



"Kekuatan diri harus dibina agar kita berasa sedia apa jua halangan yang mendatang.



¤Tak mengapai bintang tidak bermaksud anda tidak berjaya. Tidak berani, tidak bermaksud anda takut. Anda gagal tidak bererti anda gagal segalanya. Apa yang pasti jujur, amanah, tabliq,fatonah insya'Allah anda akan ditunjuk jalan kebenaran.





Asnirul Fitri Tukimam
August 8 via mobile

Inf0~
Gastrik berlaku berpunca atas kesilapan kita juga. Ada beberapa fakt0r makan trlalu bnyak, minum bergas, makan pedas, tidak makan kecuali bulan puasa ini sudah pasti tidak makan. Jika begitu kurangkan berfikir mengenai makanan, krna otak kita asyik memikirkan makanan shngakn asid gastrik trun ke perut lalu brlakunya gastrik.¤


Asnirul Fitri Tukimam
August 8 via mobile

¤Berjaga-jagalah ketika bercakap, kerana kadang kala apa yang kita cakap adalah satu doa. Jadi bercakap pekara yang membawa kebaikan kita semua. Amin insya'Allah.¤


Asnirul Fitri Tukimam
August 9 via mobile

¤Kemaafan itu lebih baik daripada menyimpan perasaan dendam. Kemaafan dapat membantu menenangkan jiwa.


Asnirul Fitri Tukimam
August 9 via mobile

¤Bersujud dan Berdoalah sebanyak mana yang mungkin kepada Allah kerna Dia lah pemberi kita segala-galanya. insya'Allah waallahualam.

Asnirul Fitri Tukimam
August 12 via mobile
Mungkin diri ku tidak layak untuk memberi sedikit nasihat mengenai agama. But as the muslim, tidak slah kita sedekahkan nasihat agama untuk serba sedikit perbaiki diri kita kearah kebaikan, and at the same time dpat menambhkn amalan kebaikan kita. Yang penting kita ikhlas kerana Allah. Biarkan orang ingin katakan, yang pasti Allah thu apa yang kita lakukan. Waallahualam, insya'Allah, amin



Asnirul Fitri Tukimam
August 12 via mobile

¤Biar kita lemah dengan perasaan, biar kita lemah dengan pekara yang remeh temeh, tetapi jangan sesekali iman kita lemah.¤



¤Kadang kala kekerasan hati tidak membawa apa-apa makna dan tidak dapa membantu menyelesaikan masalah malah menambahkan masalah dan juga boleh menyebabkan orang lain pula sakit hati. Jadi berbanyakkanlah bersabar dan beristifar agar hati jadi lembut. Insya'Allah..¤


Asnirul Fitri Tukimam
August 13 via mobile

¤Kekuatan dalaman di dalam diri kita datangnya dari iman kita sendiri. Jika kuat iman kita insya'Allah kita akan mendapat kekuatan itu tanpa kita sedari daripada Allah. Yakin dengan apa yang kita lakukan kerna kita ada akal untuk berfikir, dan bukannya menggunakan akal untuk melakukan kesilapan.¤ waallahualam.


Asnirul Fitri Tukimam
August 13 via mobile

¤Walaupun kita tidak nampak mulia di hadapan manusia, tapi biar kita nampak mulia di hadapan Allah. Insya'Allah amin.


Asnirul Fitri Tukimam
August 13 via mobile

I'm not rich. But, I'm thankful to Allah what I have now.. ^_¤


Asnirul Fitri Tukimam
August 14 via mobile

¤¤Kadang-kadang kala kita sedih dengan pekara yang tidak mendatangkan faedah kepada kita. Ya kita akui semua itu mengenai perasaan namun kita harus tahu jika kita menaggis kerana Allah insya'Allah api neraka untuk kita akan terpadam. Insya'Allah, amin, waallahualam.¤


Asnirul Fitri Tukimam
August 14 via mobile

¤Sekeras, sedegil dan sejahat mana seseorang itu pasti mereka akan kembali ke jalan yang benar yang diredhai Allah. Insya'Allah, jika kita sama-sama berdoa untuk membantu mereka supaya Allah memberi hidayah dan pentunjuk kepada mereka supaya kembali ke jalan yang benar. Sebab itu dalam doa kita selepas "ampunilah dosa kedua ibubapa ku, ampunilah dosa ku dan ampunilah dosa kaum muslimin dan muslimah sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Amin. Insya'Allah waallahualam..
(mohon kemaafan jika ada salah silap apa yang saya sampaikan)


¤Sejauh mana kita berada, sebatu mana kita pergi dan walau dimana bumi kita pijak, kita harus tahu Allah sentiasa melihat kita tidak kira masa dan waktu. Allah sentiasa memerhati gerak geri kita. Jadi sentiasalah menjalankan kewajipan kita sebagai hambanya yang kerdil ini. Insya'Allah, Allah sentiasa memberi bantuan kepada hambanya yang memohon kepada-Nya. Insya'Allah, waallahualam.
(mohon kemaafan jika ada silap)


Asnirul Fitri Tukimam
August 17 via mobile

¤Keberanian, ketabahan dan keimanan seseorang itu perlu ada didalam dirinya. Lebih lagi pada zaman sekarang yang penuh liku dan onak hidup yang penuh dngn cbran dan keperitan. Sentiasalah bersedian dengan ujian dari Allah untuk menguji tahap keimanan kita. Tetapi Allah maha adil dan maha penyayang. Allah akan menguji hamba-Nya mengikut tahap keimanan hamba-Nya. Insya'Allah, waallahualam.
(mohon kemaafan jika ada silap)



¤ Didalam dunia ini kita harus tahu sesuatu iaitu mencari keredhan Allah s.w.t. Tetapi bukan mencari bala yang akan memberi kesusahan kepada orang lain kerana kesusahan itu akhirnya akan memakan diri sendiri.



¤ Bertenang dan bersabar itu adalah lebih baik daripada baran dan kelam kabut. Kerna apabila ada berlaku sesuatu masalah kita dapat control dan membuat keputusan yang lebih baik. Insya'Allah.. ^_0


¤I'm not perfect human, I'm not good person, I'm not famous like other person. Everyday I have do wrong. But, I'll try the best to be a good person in this world and not only me, but all human in this world want to change their life and self. ^_^

Asnirul Fitri Tukimam
September 7 via mobile

¤Kadang kala kebaikan seseorang itu mempunyai "undang di sebalik batu". Ianya kadang kadang mempunyai 2 maksud sama ada baik atau buruk. Kejujuran pasti akan nampak jika niatnya baik. Tetapi jika niatnya buruk kita akan tahu melalui caranya dan pasti ianya tidak jujur. Kejujuran tidak boleh dibuat buat ianya akan hadir dengan sendirinya tapi harus kenalah berhati hati walaupun ianya betul betul baik takut termakan balik.-------->¤ — at Mencari Ketenangan Jiwa...


¤Setiap perjalanan kehidupan ini banyak pekara yang kita harus tempuhi. Walau bagaimana anda merancang sekali pun, Allah dah tentukan untuk kita dan ianya tidak diubah dengan apa cara sekalipun. Tetapi berdoa dan bersujud padanya selagi berada di bumi Allah ini. Insya'Allah, Waallahualam. — at Mencari Jalan Yg di Redhai.


¤Didalam dunia, tiada satu umat pun yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa. Siapakah kita tidak terlepas membuat dosa? Nabi Muhammad walaupun tiada dosa setiap malam memohon keampuanan kepada Allah. Apa lagi kita yang manusia kerdil ini. Setiap dosa dan kesilapan kita pasti akan dibalas, cuma tidak tahu sama ada didunia ini, di akhirat atau kedua duanya. Waallahualam. Jadi sama sama lah kita memohon keampuanan dari Allah S.W.T. agar mengampunkan segala dosa kita telah lakukan. Insya'Allah, Waallahualam — at Hanya PadaMU Lah Kami Memohon.


¤Kehidupan kadang kala tidak selalunya indah. Wajah yang ceria tidak bermaksud hati yang tidak sedih. Kadang kala muka yang gembira mempunyai seribu tanda tanya, adakah betul betul gembira atau sebaliknya. Sebenarnya penawar untuk hati yang sedih ialah sentiasa senyum walaupun ianya perit. Jangan menunjukan kesedihan itu kepada orang dan paling penting sedekahkan Al-fatihah untuk diri kita agar mendapat ketenangan. Insya'Allah, Waallahualam. Kerana kehidupan harus diteruskan tidak kira apa jua yang mendatang. Waallahualam
^_________________¤
 — at Senyuman Manis Mengambarkan Ketenangan Jiwa.


Asnirul Fitri Tukimam
19 hours ago via mobile
¤Kadang kala kita sering keliru dengan erti seorang kawan dan sahabat. Selama mana pun kita berkawan dengan seseorang ianya tidak bermaksud kawan sampai bila bila. Ianya tidak sama dengan seorang sahabat. Jika seseorang kawan ini boleh menipu,tikam belakang, game kita dan etc. Tetapi jika seorang sahabat sering menasihati, sudi mendengar, ikhlas dan paling peting seorang sahabat ini membawa kita kejalan kebenaran dan sukar dicari. Jadi sentiasalah berhati hati memilih seorang kawan untuk dijadikan sahabat. Bukannya mencari seorang kawan untuk di jadikan lawan dan permainan. Waallahualam.. — at Sahabat Untuk Selamanya.