hee

hee

Asnirul Fitri

Asnirul Fitri

Captain Asnirul Fitri

Captain Asnirul Fitri

Friday, January 15, 2016

Andai wanita tahu

  Andai wanita tahu
 Seorang lelaki yang sayangkan kamu
 Dia sanggup pertahankan hubungannya.
 Dia sanggup dimarah dipukul oleh mu
 Dia sanggup habiskan masa untuk mu
 Dia sanggup mengalir air mata..
 Kerana takut kehilangan mu
 Kerana takut kamu berubah
 Kerana takut kamu lupa dirinya

 Andai wanita tahu
 Lelaki yang benar benar mencintai mu
 Dia sanggup menunggu 
 Dia sanggup berusaha apa sahaja
 Dia sanggup bekorban demi kamu
 Dia sanggup gadaikan nyawanya..
 Untuk lindungi dirimu
 Untuk pertahankan kamu
 Kasih dan rindunya hanya untuk kamu. 

Percayalah tidak akan ada satu lelaki sepertinya yang sangat sayang dan mencintai diri mu sepenuh hatinya. Dia tetap berusaha sehingga akhir nafasnya. Allah tidak akan menggerakkan sesuatu tanpa sebab. Sebab Allah lebih mengetahui dan melihat apa yang terjadi. 

Sunday, January 3, 2016

Masa bertunang, kita mostly kerap bergaduh, kerap rasa nak marah, kadang kadang ada setengah pasangan sampai nak putus tunang, tak nak kahwin. Rasa macam ada orang nak perangat bagi kita tak jadi kahwin kan? Padahal bukan ada orang ketiga pun, tapi ada makhluk ketiga. Biasalah, masa bercouple, makhluk ketiga ni kemain bagi nampak segala perhiasan kat kekasih hati kita yang bukan muhrim bagi nampak cantik, wangi, sampai rasa kalau tak pegang tangan dia tu rugi alahai. Bila lagi seminggu nak kawen, pandang pun takmau. Rasa meluat macam mana tah. Kenapa? Sebab syaitan takmau kita bina masjid. Benda yang baik, depa pun hangat la, so depa pun usaha la nak hancoqkan sebelum masjid terbina. Sebab bila dah terbina, makin susahlah para para syaitan ni nak robohkan masjid yang dah terbina dengan kukuhnya. Trust Allah, kalau jodoh tu dah sampai, pasti akan sampai. Dugaan sikit ja tu, kata hati negatif tu setan ja tu. Jangan ikutkan sangat. Boleh rasa beza hati tu sebelum dan selepas diijabkabulkan ❤❤ Insya'allah... Asalkan suami mampu bimbing kita dan imamkan kita.

Saturday, July 4, 2015

Isi hati




Thursday, September 11, 2014

Life

When we walk in this life, what we have get? What we have deserve? What we have learning? What we feel? Ask your in deep heart. Everyday and every time we talking about love, about heart and about the future. What actually we want? Happiness? What we know about happiness? Can you touch it? Can't right. 

The answer just only your heart can be telling. Because the all question is from your deep heart, so that's mean your heart can be answering all the question. 

Actually love, happiness, and heart we can't to touch but we can give it with what you have did and what your sacrifite to get everything what you want. Don't let's go someone more sacrifite for you not someone take change when you feel lonely. Think it. 

Wednesday, September 10, 2014

Kadang kala kita cuba menahan segala rasa sebak didalam hati kecil kita. "Apakah salah diri ini sehingga diperlakukan begini? Apakah dosa diri ini sehingga dihukum begini? Apakah diri ini masih tidak cukup baik dan setia sehingga pedih hati ini rasai? Adakah diri ini tidak cukup layak untuk sesiapa? Soalan begini jelas ternyata sukar untuk dijawab dengan mata yang buta yang penuh kebencian tetapi dijawab dengan mata hati nurani yang terbuka. 

Hati yang menangis kerana melihat sesuatu yang dirasainya yang sangat kecewa namun ia tetap tabah untuk menerima dugaan yang sebegitu pedih dan perit untuk ditelan. 

Monday, August 18, 2014

Kata kata biasa

Kadang kala hidup ini kita tidak mampu untuk menjangka apa yang bakal terjadi dan berlaku. Kadang kadang perasaan yang hadir tidak mampu untuk membohongi diri kita sendiri dan akhirnya ianya mengalir tanpa kita meminta. Perasaan cinta dan rindu yang datang yang terlalu kuat kadang tidak mampu kita pendamkan. Kita cuba untuk menyatakan namun doa menjadi hasrat hati menyampaikan rindu pada seseorang. Hanya Allah sahaja yang tahu segala isi hati seseorang itu terhadap seorang yang dicintai dan dirinduinya. Segala isi hati diluahkan melalui doa yang dipohonnya kepada Allah sehingga rasa rindu dan cintanya dirasai sama oleh orang yang dicintainya. "Ya Allah sampaikanlah rasa rindu ku kepadanya sehingga diriku dirinduinya juga. Amin

Thursday, August 14, 2014

Bicara hati


Tiada seindah bahasa tiada seindah kata, Assalamualaikum kepada pengunjung setia saya. Jangan disangka air sungai yang tenang tiada buaya. Langit tidak selalunya cerah tetapi hakikatnya semua itu sama seperti manusia kadang kala kita tidak tak tahu apa yang bakal terjadi disetiap kehidupan kita. 

Wajah yang tenang, wajah yang ceria, wajah yang selalu memberikan senyuman inilah yang selalu untuk menjadi kuat dan tabah untuk harungi liku liku kehidupan seharian. Aku bersyukur kepada Allah yang masih memberi nafas dan kekuatan untuk aku meneruskan hasrat dan niat aku sehingga tercapai. 

"Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah" perkataan yang selalu ku ucapkan ketika ku diuji ketika ku sedih ketika hati aku pernah dicucuk pisau. Alhamdulilah aku bersyukur kepada Allah kerana masih memberi peluang untuk menyatakan hasrat cinta hatiku pada seorang hamba Nya.

Tanpa diduga tanpa dijemput tanpa kusedari hati aku terpaut pada hati seorang hamba Allah. Jodoh pertemuan ajal maut semua Allah yang tentukan. Dia lah sebaik baik perancang. Jika dia adalah jodoh ku aku akan menjaga dia sebaik baiknya. Kita diciptakan berpasangan melainkan ajal. Hati ku pernah berbisik "andai aku tidak punyai jodoh dimuka bumi Allah ini pertemukanlah aku disana nanti". 

"Hadirnya tanpa disedari. Hadirnya tanpa diduga. Janji Allah itu pasti. Jodoh pertemuan ajal maut Allah yang menentukan. Jika hadirnya sebagai kawan akan ku jadikan teman istimewa. Jika hadirnya sebagai kekasih akan ku jadikan satu ikatan istimewa. Jika hadirnya sebagai pertunangan akan ku lafaskan pernikahan. Dan jika hadirnya sebagai isteri akan ku milikinya hingga akhir hayat ku. Sebaik baik cinta dari Allah dan Dia beri pinjam cinta itu kepada kami akan kami cuba tahankan hingga keakhirnya insha Allah amin. 😌😌😌😌"

Ya Allah aku mengangkat tangan memohon pada Mu untuk terus bersama dan dijodohkan untuk disatukan dengan lafaz nikah dan dalam doa ku Ya Allah lindungilah dia, berilah dia kesihatan yang baik, berilah dia kekuatan, murahkanlah rezekinya, lembutkan hatinya, terangkan hatinya, sampaikan salam rinduku kepadanya sehingga diriku dirindui juga. Ya Allah satukanlah hubungan kami dan berilah kami kekuatan untuk mengejar keredhan Mu Ya Allah. Iaini kami ingin yang halal disisi Mu Ya Allah. Amin. 😌😌😌 
Insha Allah