hee

hee

Asnirul Fitri

Asnirul Fitri

Captain Asnirul Fitri

Captain Asnirul Fitri

Tuesday, December 10, 2013

       

    Tiada seindah bahasa selain al-Quran,
             Tiada seindah tulisan selain al-Quran,
Alhamdulilah selesai membaca al-Quran. Hope diberikan kekuatan dan kesabaran dalam diri.. amin. Setiap kali aku teringat padanya dan memikirkannya al-Quran adalah tempat aku melepaskan rindu ku. Walaupun aku rasa aku tidak dirinduinya.
Ya Allah..
Kaulah tempat aku berserah segala-galanya. Aku seakan tidak mampu unrtuk menggeluarkan air mata ku ini lagi. Sepanjang perjalanan hidup ku ini dipenuhi dengan uijan dari Mu Ya Allah. Berilah hamba Mu ini kekuatan dalam diri ku ini.Berilah ketenagan didalam hati ku ini. Berilah kelapangan didalam kesempitan di hati ku. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Aku tahu aku adalah hamba paling hina dan kerdil didalam dunia ini. Aku bermohon pada-Mu Ya Allah aku benar benar mencintainya dan menyanyanginya. Satukanlah hati kami. Pertemukanlah pada waktu yang benar tepat. Aku benar benar ingin yang halal bersamanya.. amin amin....


Cinta tidak boleh dijual beli seperti surat khabar. Cinta ini tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Cinta itu sangat berharga dan tidak dapat dinilai. Cinta ini dijaga dengan nyawanya sekali kerana ia benar benar mencintainya lebih dari nyawanya sendiri. Dan cinta yang kekal adalah dengan Allah. Allah beri pinjam cinta ini adalah sementara didunia. Allah hadirkan perasaan cinta untuk manusia merasai bagaimana perasaan cinta yang benar benar hadir dari hati kita sendiri. Cinta ini sangat indah jika kita hayatinya. Ikhlaskan hati kita ini apabila mencintai agar ianya tulus dari hati. Kerana cinta ianya sanggup berbuat apa sahaja demi cinta sejatinya walaupun halangan datang. Tetapi berhati hati kerana ada cinta yang mempunyai duri didalam cintanya. Hargailah cinta yang baru hadir kerana Allah selalu melihat dan mendengar hati kita ini sebab itu Allah hadirkan seseorang yang benar benar tahu mencintai dan hargai. Jodoh itu rahsia Allah. Bercouple. bertunang. bernikah semua orang lain. Bercinta selepas nikah lebih indah dan halal. #asnirul.blogspot.com






Awak, saya nak tidur la. Boleh tolong selimutkan dengan "selimut putih" tu tak? Awak selimutkan seluruh badan saya tau. Saya sejuk. Nanti tolong bacakan "buku cerita" tu sekali ye. Awak, kejap lagi saya nak pindah "rumah baru". Tolong bagitau kawan saya yang lain k. Boleh tolong "mandikan" saya tak? Pastu tolong pakaikan "baju putih" tu ye. Yang tu "baju baru" saya. Awak, kejap lagi saya dah nak bertolak. Awak bawakan "kereta" saya boleh? Sebelum gerak bacakan doa k? Dah sampai rumah nanti awak "angkatkan" saya, letak dalam "bilik" lepas tu terus tutup "pintu" tu. Jangan risau. Tak ada orang jaga saya. Nanti 2 orang "sahabat" saya sampai, mesti dia tanya apa saya buat sepanjang saya berada di "rumah lama". Sebelum gerak doakan saya. Tanamkan pohon kemboja sikit. Lepas tu tolong siram air mawar tau. Nanti selalulah ziarah saya dekat "sini". Nanti kalau awak pindah "rumah baru" jugak, pindahlah sebelah "rumah" saya. Terima kasih untuk semuanya :') Segala jasa yang awak lakukan saya akan kenang sampai bila-bila dan awak takkan saya lupakan.
Esok belum tentu milik kita. Siapa tahu hari ini yang terakhir. Assalamualaikum :')
##copy&paste## 

Jodoh Itu Rahsia Allah




Jodoh itu memang rahsia Allah dan ianya terbatas untuk kita mengetahuinya kerna bukan kuasa kita hendak menentukannya. Couple dengan orang lain. Bertunang dengan orang lain dan bernikah dengan orang lain. itu semua adalah lumrah kehidupan. 99.9% adalah benar kerana ianya adalah kuasa Allah bukan kuasa kita. Sekuat mana perasaan cinta, sayang kita belum tentu menjamin. Kata kata tidak akan pernah membutikan tetapi Kata kata daripada Allah adalah lebih benar iaitu Jodoh adalah rahsia Allah. Yakinlah kepada Nya. kerana Dia yang menentukan bukannya kita. Berdoalah kepada Allah itu lebih baik daripada kata kata yang mendustakan dan munafik yang hanya sebuah kata kata yang akan menguriskan hati seseorang. hati yang Allah berikan untuk dijaga bukan untuk disakiti atau tanggisan. Ingatlah jika niat kita benar pasti dan pasti ada jalannya. insya'Allah.. #asnirul.blogspot.com