hee

hee

Asnirul Fitri

Asnirul Fitri

Captain Asnirul Fitri

Captain Asnirul Fitri

Monday, August 18, 2014

Kata kata biasa

Kadang kala hidup ini kita tidak mampu untuk menjangka apa yang bakal terjadi dan berlaku. Kadang kadang perasaan yang hadir tidak mampu untuk membohongi diri kita sendiri dan akhirnya ianya mengalir tanpa kita meminta. Perasaan cinta dan rindu yang datang yang terlalu kuat kadang tidak mampu kita pendamkan. Kita cuba untuk menyatakan namun doa menjadi hasrat hati menyampaikan rindu pada seseorang. Hanya Allah sahaja yang tahu segala isi hati seseorang itu terhadap seorang yang dicintai dan dirinduinya. Segala isi hati diluahkan melalui doa yang dipohonnya kepada Allah sehingga rasa rindu dan cintanya dirasai sama oleh orang yang dicintainya. "Ya Allah sampaikanlah rasa rindu ku kepadanya sehingga diriku dirinduinya juga. Amin

Thursday, August 14, 2014

Bicara hati


Tiada seindah bahasa tiada seindah kata, Assalamualaikum kepada pengunjung setia saya. Jangan disangka air sungai yang tenang tiada buaya. Langit tidak selalunya cerah tetapi hakikatnya semua itu sama seperti manusia kadang kala kita tidak tak tahu apa yang bakal terjadi disetiap kehidupan kita. 

Wajah yang tenang, wajah yang ceria, wajah yang selalu memberikan senyuman inilah yang selalu untuk menjadi kuat dan tabah untuk harungi liku liku kehidupan seharian. Aku bersyukur kepada Allah yang masih memberi nafas dan kekuatan untuk aku meneruskan hasrat dan niat aku sehingga tercapai. 

"Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah" perkataan yang selalu ku ucapkan ketika ku diuji ketika ku sedih ketika hati aku pernah dicucuk pisau. Alhamdulilah aku bersyukur kepada Allah kerana masih memberi peluang untuk menyatakan hasrat cinta hatiku pada seorang hamba Nya.

Tanpa diduga tanpa dijemput tanpa kusedari hati aku terpaut pada hati seorang hamba Allah. Jodoh pertemuan ajal maut semua Allah yang tentukan. Dia lah sebaik baik perancang. Jika dia adalah jodoh ku aku akan menjaga dia sebaik baiknya. Kita diciptakan berpasangan melainkan ajal. Hati ku pernah berbisik "andai aku tidak punyai jodoh dimuka bumi Allah ini pertemukanlah aku disana nanti". 

"Hadirnya tanpa disedari. Hadirnya tanpa diduga. Janji Allah itu pasti. Jodoh pertemuan ajal maut Allah yang menentukan. Jika hadirnya sebagai kawan akan ku jadikan teman istimewa. Jika hadirnya sebagai kekasih akan ku jadikan satu ikatan istimewa. Jika hadirnya sebagai pertunangan akan ku lafaskan pernikahan. Dan jika hadirnya sebagai isteri akan ku milikinya hingga akhir hayat ku. Sebaik baik cinta dari Allah dan Dia beri pinjam cinta itu kepada kami akan kami cuba tahankan hingga keakhirnya insha Allah amin. 😌😌😌😌"

Ya Allah aku mengangkat tangan memohon pada Mu untuk terus bersama dan dijodohkan untuk disatukan dengan lafaz nikah dan dalam doa ku Ya Allah lindungilah dia, berilah dia kesihatan yang baik, berilah dia kekuatan, murahkanlah rezekinya, lembutkan hatinya, terangkan hatinya, sampaikan salam rinduku kepadanya sehingga diriku dirindui juga. Ya Allah satukanlah hubungan kami dan berilah kami kekuatan untuk mengejar keredhan Mu Ya Allah. Iaini kami ingin yang halal disisi Mu Ya Allah. Amin. 😌😌😌 
Insha Allah

Monday, August 11, 2014

Hidup

Biar kita jahat tetapi hati tak busuk,

Biar kita bodoh tetapi tak buta ilmu agama,

Biar orang menghina kita asalkan kita mulia disisi Allah, 

Biar kita buta huruf jangan kita buta ayat al-Quran,

Biar kita miskin harta jangan kita miskin ibadah seharian kita. Kerana Wang kita boleh cari, walaupun kita Bodoh kita boleh belajar, walaupun orang menghina kita, kita dapat pahala percuma, walaupun buta huruf kita masih boleh mencuba belajar dan belajar kerana ilmu Allah belajar sampai ke liang lahad. #asnirul.blogspot.com

Monday, August 4, 2014

Doa untuknya.

Sepasang kekasih yang telah ditakdirkan untuk dijarakkan berada ditempat yang berlainan untuk diuji sejauh mana kesetian antara mereka. Tetapi jika antara mereka saling mencintai antara satu sama lain dan percaya pada pasangan mereka pasti kesetian itu masih ada dan lebih indah jika mereka sama sama mengangkat doa, mendoakan sesama mereka untuk terus bersama dan dijodohkan untuk disatukan dengan lafaz nikah itulah pasangan yang sangat baik. Dan dalam doa mereka Ya Allah lindungilah dia, berilah dia kesihatan yang baik, berilah dia kekuatan, murahkanlah rezekinya, lembutkan hatinya, terangkan hatinya, sampaikan salam rinduku kepadanya sehingga diriku dirindui juga. Ya Allah satukanlah hubungan kami dan berilah kami kekuatan untuk mengejar keredhan Mu Ya Allah. Iaini kami ingin yang halal disisi Mu Ya Allah. Amin. 😌😌😌 #asnirul.blogspot.com