hee

hee

Asnirul Fitri

Asnirul Fitri

Captain Asnirul Fitri

Captain Asnirul Fitri

Tuesday, April 29, 2014

Kejujuran dan kesetian

Kejujuran dan kesetian didalam hubungan adalah umpama kunci masjid yang kita bakal bina atau telah terbina. Ianya sangat penting untuk menguji kesetian kita terhadap pasangan kita adakah kita berlaku jujur atau pun tidak. Kesilapan yang lalu jangan diulang malah kita harus perbaiki ia untuk pasangan kita nanti. Kesetian dan kejujuran pekara asas didalam perhubungan. Ianya penentu kebahagiaan. 

Friday, April 18, 2014

Cinta hati

Setiap orang didunia ingin merasai cinta. Tetapi kadang kala kita salah melabur cinta kita kepada seseorang yang tidak pernah hargai tidak pernah bersyukur dengan cinta yang dimiliki. Tetapi bukanlah semua begitu masih ada cinta yang selalu berharap menemui kebahagian kerana dia tidak selalu lupa untuk memberi cintanya kepada Maha Pencipta juga. Maha Suci Allah sungguh Agung cinta Mu itu. Syukur kepada Mu Ya Allah kerana telah menyatukan dua hati yang selalu berharap bertemu dengan seseorang yang benar ikhlas dan sangat menghargai cintanya itu. Ya Allah lidunggilah dua hati ini agar terus berkekalan hingga akhirnya. Amin

Wednesday, April 9, 2014

Keampunan dipohon.

Setiap hamba Allah didunia ini berhak mendapat keampunan disetiap kesalahan mereka. Siapa pon kita tidak berhak menjatuhkan hukum sesama kita. Dosa pahala bukan kita yang menetukan dan jangan sesekali kita membuka aib kita kepada orang lain atas dasar kepentingan kita. Sejahat mana pon mereka kita harus fikir semula tentang diri kita juga. Adakah kita sama je? Allah yang berhak menghukum hamba-Nya sendiri bukan kita. Berfikir sebelum berkata agar badan kita tidak binasa. 

Monday, April 7, 2014

Kehadiran tanpa diduga.

Cinta itu hadir tanpa disedari tanpa kita menduga. Cinta itu hadir bagaikan angin yang lalu menyapa tubuh kita dan masuk menyelusup hati kita yang dalam. Indahnya perasaan cinta itu datang. Subhannaallah Maha Suci Allah. Begitu kuat perasaan cinta Mu itu. Kehadirannya tanpa kita sedar ianya telah masuk ke dalam hati ini sehinggakan kita telah jatuh cinta. Sebaik baik pemberian adalah dari Mu Ya Allah dan pemberian itu sanggat indah dan istimewa. Syukur alhamdulilah atas pemberian Mu. InshaaAllah akan aku jaga sebaik yang mungkin sehinnga ke akhirnya. Amin

Sunday, April 6, 2014

Sungguh besar ujian Mu Ya Allah

Setiap orang diuji didalam dunia mengikut tahap keimanan dan ketakwaan mereka kepada Allah S.W.T. Tidak kira siapa pon umat manusia dimuka bumi Allah ini yang akan terlepas daripada ujian dari-Nya. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil Maha Penyanyang. Allah akan menguji seseorang itu tahap keimanan mereka. Setiap ujian yang kita hadapi haruslah sabar dan bukannya menyalahkan takdir. Dan jangan kita memikirkan ini adalah nasib malang tetapi ini adalah suratan daripada Allah supaya kita sentiasa ingat akan Dia yang berkuasa dialam ini. Subhanaaallah. Sungguh besar ujian Mu dan kami bersyukur kerana Kau masih sayangkan kami. #asnirul.blogspot.com

Tuesday, April 1, 2014

Dalam hidup ini banyak cabaran dan halangan yang harus kita tempuh. Ujian yang datang haruslah ditempuh dengan hati yang tabah kuat. Kesabaran dan kesungguhan didalam itu penting dan membuat diri kita menjadi kuat untuk harungginya. Itulah kehidupan jika tiada  petanda arah jalan yang ingin dituju belum ianya akan harungginya dengan tabah dan cekal. Setiap ujian ada hikmah kadang kala kita sudah tahu untuk mengatasinya tetapi jika tersimpan perkataan alasan ianya pasti tidak berjaya. Bersabar, cekalkan hati, kuatkan semangat dan selalu berdoa kepada Allah. InshaaAllah jalan itu pasti nampak.